PASIR GUDANG: Rakyat Johor menerima berita gembira apabila bekalan elektrik dan air di negeri itu secara keseluruhannya disahkan mencukupi.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu disahkan hasil lawatannya ke di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Masai dan Loji Rawatan Air (LRA), Sultan Iskandar pada Isnin.
Menurutnya, antara objektif utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk membuktikan dan menunjukkan bahawa bekalan air dan bekalan lektrik untuk negeri Johor secara keseluruhannya adalah mencukupi.
“Kalau untuk elektrik sahaja kita ada lebihan supply (bekalan) dalam 10,000 lebih megawatt dan kita gunakan 2,700 lebih, jadi kita ada surplus (lebihan) dalam 75 peratus.
“Bagi bekalan air pula, kita ada bekalan yang mencukupi walaupun reserver pada awalnya rendah, tapi dengan 16 projek yang dibentangkan tadi di mana tiga daripadanya masih dalam bentuk kajian dan 13 lagi sudah pun ada bajet untuk pelaksanaannya; dari segi short term (jangka pendek), medium term (jangka pertengahan) dan long term (jangka panjang) termasuk untuk perindustrian, bekalan air ini juga mencukupi.
“Jadi suara-suara yang katakan air, elektrik tak cukup tak benar dan harap pemain-pemain industri, investors (pelabur) bersedia untuk terus melabur di Johor,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat sesi lawatan berkenaan pada Isnin.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri turut bersetuju supaya kawasan yang tidak selalu digunakan, bukan jalan protocol seharusnya dibuka bagi kaedah bekalan elektrik secara open cut dilaksanakan.
Katanya, berdasarkan kajian, kos menggunakan kaedah open cut ini adalah lebih murah.
“Kita juga buat kajian, kawasan perindustrian juga boleh guna kaedah open cut ini dan difahamkan juga kawasan perindustrian baharu dah ada dedicated punya lane untuk letak kabel-kabel kita.
“Selain itu, kos infra sperti yang pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) bentangkan melibatkan green area (kawasan hijau) di akawsan perindustrian baharu ini boleh buat MOU (perjanjian persefahaman) dengan pemaju supaya kos infra itu dapat dikongsi,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 12 2024
Onn Hafiz (kiri) diberikan penerangan ketika meninjau kawasan LRA Sultan Iskandar pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.